Tuesday 22 August 2017

LAMAN UTAMA

POLITEKNIK BALIK PULAU,PULAU PINANG,
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT,
(PENGATURCARAAN)



    
                           


NAMA : 

MOHD FARIS AZRIN BIN ARIFEN


NO. MATRIK :

21EIP14F2001


UMUR : 

26 TAHUN


TARIKH LAHIR :

13/1/1991


TEMPAT LATIHAN INDUSTRI:

BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD,
PENGKALAN TLDM LUMUT,PERAK .


          

DEDIKASI & PENGHARGAAN


DEDIKASI


            Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Dedikasi ini khas buat ibu dan bapa saya serta ahli keluarga yang banyak membantu saya di dalam penghasilan Blog Laporan Latihan Industri ini serta rakan-rakan seperjuangan lain yang turut bersama-sama membantu saya.  Selain itu, tidak lupa juga kepada pihak Politeknik Balik Pulau serta seluruh kakitangan BOUESTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD LUMUT, PERAK yang telah banyak membantu saya dengan memberi bimbingan panduan serta tunjuk ajar sewaktu menjalani Latihan Industri dan sehingga terhasilnya Terbitan Blog Laporan ini. Sekian, Terima Kasih.


PENGHARGAAN

 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Puan NURMASITAH binti HAMSUSAH selaku Ketua JABATAN di JABATAN SUMBER MANUSIA dan PENTADBIRAN serta En.TOMMY KOAY KAI GUAN Ketua JABATAN SISTEM MAKLUMAT kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri selama  5 bulan yang bermula pada 19 JUN 2017 hingga 3 NOVEMBER 2017.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyelia industri saya iaitu EN.AHMAD NIZAM BIN MAKHTAR, Pengurus di Jabatan Sistem Maklumat, EN. WAN NASIR BIN WAN ABDUL RAHMAN, Eksekutif Pentadbir Rangkaian, EN MOHD HANIF BIN MOHD HANAPI, Penyelia Kanan yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan praktikal dan berkongsi ilmu serta pengalaman diunit jagaan beliau semua. Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan dan staff sokongan BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD terutamanya dari JABATAN SISTEM MAKLUMAT yang turut memberikan tunjuk ajar, kerjasama dan teguran sepanjang saya berkhidmat di firma ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Balik Pulau yang telah banyak membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang Latihan Industri ini berjalan. Sekalung penghargaan diucapkan kedua-dua ibu bapa saya dan teman-teman serta sahabat handai yang telah banyak membantu dan memberi sokongan pada saya untuk menjayakan Latihan Industri saya ini.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa juga yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menjalani sesi Latihan Industri ini dengan berjaya.

BAB 1: PENGENALAN


1. PENDAHULUAN

Latihan Industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengatucaraan) sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar alam pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengatucaraan) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke satu tahap menjadi seorang pekerja. Bagi sesi JUN 2017, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula pada 19 JUN 2017 hingga 3 NOVEMBER 2017.

       Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani Latihan Industri di sebuah firma berstatus (GLC) dalam industri pembinaan dan membaik pulih kapal di BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD, PANGKALAN TLDM LUMUT,PERAK. Saya telah ditempatkan di JABATAN SISTEM MAKLUMAT sepanjang tempoh latihan industri disini. Sepanjang tempoh latihan disini, saya telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam melakukan kerja-kerja sokongan teknikal yang berkaitan teknologi maklumat seperti pemasangan cable Ethernet, rekabentuk grafik, pengaturcaraan sistem dan membaik pulih komputer.


2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

        Seperti yang diketahui, Latihan Industri adalah langkah penting bagi membentuk persediaan pekerjaan kepada pelajar.  Ini kerana, semasa pelajar menjalani Latihan Industri, pelajar didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar dan ini dapat memberi pengalaman yang amat berguna pada mereka kelak.

        Latihan Industri bukan hanya merupakan komponen utama dalam sesebuah kokurikulum pembelajaran tetapi ia juga merupakan salah satu langkah untuk membentuk pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini selaras dengan objektif negara untuk membentuk rakyat yang berwawasan 2020 serta rakyat yang mampu bersaing dengan negara luar.

         Namun begitu, dari sudut institusi pengajian, objektif  Latihan Industri ialah untuk membina personaliti individu dalam diri pelajar, membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, membentuk disiplin dalam diri pelajar kerana pelajar akan mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik serta memberi pendedahan kepada alam pekerjaan dan menghasilkan Laporan Industri.

           Bukan itu sahaja, Latihan Industri juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam diri pelajar serta dapat meningkatkan semangat pelajar untuk terus menyambung kerjaya dalam bidang yang dipilih setelah mereka tamat latihan di industri dan pengajian di Politeknik. Pelajar juga dapat mempraktikkan teori dan amali sepanjang mereka menjalani Latihan Industri.

            Pihak Politeknik juga dapat bekerjasama dengan pihak Industri untuk meningkatkan lagi mutu pelajar keluaran Politeknik selaras dengan kemahuan Industri tempatan yang kian membangun dan semakin pesat. Saya berharap dengan adanya Latihan Industri, Politeknik dapat menghasilkan bakal - bakal pekerja yang mampu memenuhi kehendak Industri tempatan yang semakin bergerak pantas selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang sekarang. Dengan ringkasnya, objektif Latihan Industri adalah :


 i)     Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
 ii)    Membolehkan pelajar melihat berkaitan di antara teori yang dipelajari dengan
         kerja-kerja praktikal.
iii)    Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
iv)    Membenntuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.
 v)    Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
vi)    Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan
        selepas tamat pengajian.
vii)   Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang dipilih.
viii)  Meningkatkan semangat jujur, amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap
         tugas-tugas yang diberikan.


3. OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

          Penilaian Latihan Industri akan dijalankan sepanjang tempoh Latihan Industri dan selepas tamatnya latihan seseorang pelajar. Hal ini bagi memenuhi keperluan pelajar untuk dianugerah dengan kelayakan  diploma dari Kemeneterian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pengajian Politeknik.  Antara objektif laporan Latihan Industri adalah :

i)    Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri mengikut
      jangka waktu yang telah ditetapkan.
ii)   Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani Latihan Industri.
iii)  Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.
iv)  Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang
      dibuat semasa Latihan Industri.
v)   Sebagai rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma terbabit selepas tamat
       menjalani pengajian di Politeknik.

4. KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

        Jika ada objektif Latihan Industri, pasti akan ada kepentingannya. Latihan Industri adalah sesuatu yang penting bagi pelajar , tidak hanya pada pelajar Politeknik sahaja, Latihan Industri juga penting untuk semua yang bergelar pelajar. Banyak sebenarnya faedah yang diperolehi oleh pelajar sekiranya mereka menjalani Latihan Industri. Antara kepentingan Latihan Industri adalah :

 i)     Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang
        tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.
ii)    Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pekerja dan kakitangan
        sesebuah organisasi.
iii)   Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
iv)   Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau kekok apabila mula bekerja kelak.
 v)    Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan dalam industri.
vi)   Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya.
vii)  Membina keyakinan diri dan memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam
        melaksanakan tugas.
viii) Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

         Dengan huraian – huraian di atas, Latihan Industri adalah suatu konsep yang harus wujud pada semua institusi – institusi pendidikan tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat membentuk sikap – sikap dan jati diri bakal – bakal pekerja yang berjaya.  Latihan Industri juga memberi begitu banyak kesan yang positif dalam diri pelajar. Hal ini sejajar dengan kehendak Negara yang inginkan masyarakat yang berdaya maju dan cemerlang.
         Saya berharap agar cita – cita Negara dapat direalisasikan dengan adanya kewujudan Latihan Industri pada semua institusi pengajian tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai alam pekerjaan. Latihan Industri juga nenbantu pelajar dari segi mental dan fizikal. Ini kerana, apabila pelajar menghadapi alam pekerjaan kelak, pelajar tidak akan mengalami kejutan budaya bekerja. Oleh sebab itu, wajar saya katakan yang Latihan Industri adalah satu ‘platform’ membentuk pekerja yang cemerlang, terpelajar, disiplin, kreatif dan berdaya saing.

Monday 21 August 2017

BAB 2 : LATAR BELAKANG FIRMA

2.1  LATAR BELAKANG

                  
BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD Sdn.Bhd

Boustead Naval Shipyard adalah pusat sehenti (one stop centre) untuk keperluan pertahanan dan maritim. Meliputi kawasan seluas 46 hektar, ia pada asalnya dikenali sebagai Tambak Tentera Laut Diraja Malaysia beroperasi sepenuhnya pada tahun 1984. Syarikat itu diperbadankan pada tahun 1991 dan kemudiannya diswastakan pada tahun 1995 sebagai PSC Naval Dockyard Sdn Bhd.

Pada tahun 2005, Syarikat telah diambilalih oleh Boustead Holdings, konglomerat perniagaan Malaysia yang dimilik oleh pelbagai Kumpulan Wang Simpanan Angkatan Tentera, dan nama Syarikat telah diubah pada bulan Ogos tahun yang sama untuk Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Terletak secara strategik di dalam pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak. Boustead Naval Shipyard adalah sebahagian daripada Boustead Heavy Industries Corporation atau BHIC, sebuah syarikat tersenarai awam di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur, bersama dengan syarikat bersekutu lain, Boustead Penang Shipyard dan Boustead Langkawi Shipyard.

Perniagaan Kami?

Pembinaan Kapal



  

 
                 
Dalam bidang pembinaan baru, Boustead Naval Shipyard mampu membina pelbagai jenis kapal angkatan laut dan komersil seperti kapal patrol, kapal pesat cepat, tunda pengendalian utama, kapal bekalan luar pesisir, kapal layar hotel mewah dan feri .

Pembuatan kejuruteraan berat juga ada dilakukan dan produknya adalah termasuk kren kontena, kren luffing tahap, dan struktur keluli berat.


Pembaikan Kapal
   
                          
                    
Ditubuhkan sejak tahun 1984, pembaikan kapal adalah aktiviti teras di limbungan kapal, menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan tahap depot yang berkualiti tinggi  kepada pelanggan kami.

Operasi disokong oleh:

Lif pengangkut 450 ton.
Pengangkat kapal 3000- ton.
Kren pelbagai kuaniti pelbagai kapasiti.
Empangan panjang 400 meter melalui pontoon terapung.
Banyak kemudahan dan kelengkapan khusus lain yang membolehkan kami menyediakan perkhidmatan yang merangkumi pelbagai kepakaran yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan kapal untuk kapal yang kompleks seperti kapal perang.
Bengkel ini dikendalikan oleh kakitangan profesional dan teknikal yang berkemahiran tinggi, yang dapat memberikan penyelesaian teknikal yang komprehensif kepada isu - isu yang paling rumit.
 

                                                 

2.2 LOGO BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD



2.3 VISI DAN MISI 

Visi

Menjadi sebuah peneraju maritim, pertahanan dan penyelesaian pembekalan tenaga.

Misi

Untuk menyampaikan objektif kualiti, masa dan kos untuk memenuhi produk dan perkhidmatan untuk memaksimumkan pemangku kepentingan.

Objektif Kualiti

  • Untuk menyiapkan projek pada masa seperti yang telah ditetapkan di dalam kontrak bersama pelanggan.
  • Untuk menguruskan kos projek tidak melebihi atau kurang 10% daripada belanjawan.
  • Untuk mencapai purata skor untuk taraf kepuasan pelanggan tidak kurang daripada 3 (daripada 5)

2.4 ALAMAT BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD LUMUT

Nama Organisasi : BOUSTEAD HEAVY INDUSTRIES CORPORATION

Alamat : BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD
PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
32100 LUMUT
PERAK DARUL RIDZUAN.

No. Telefon : (+6)05-6907000

Laman Web : www.bnshipyard.com.my


2.5 CARTA ORGANISASI




2.6 PETA LOKASI







    


BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN


PENGENALAN



                  Dalam tempoh jangka masa selama 20 minggu ini saya telah menjalani Latihan Industri di BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD LUMUT, PERAK. Daripada tempoh 19 JUN 2017 hingga 3 NOVEMBER 2017, saya telah ditempatkan di JABATAN SISTEM MAKLUMAT. Selama 5 bulan disini saya telah banyak mempelajari dan memperolehi kemahiran serta pengalaman semasa menjalankan Latihan Industri ini. Ini sedikit sebanyak telah mendedahkan saya kepada alam pekerjaan yang sebenar. Secara ringkasnya, saya dapat menerangkan tugas saya sepanjang tempoh Latihan Industri ini secara mingguan.

RINGKASAN AKTIVITI - AKTIVITI SECARA  MINGGUAN DI LATIHAN INDUSTRI :


Minggu Pertama : 19 JUN 2017 - 23 JUN 2017

1. Pendaftaran firma, taklimat induksi, pengenalan firma dan lawatan ke tapak projek (side visit).

 





2. Technical support dan trouble shooting serta membuka akaun untuk system i- Mars.


     

3. Melakukan kerja-kerja mengedit gambar dan penambahbaikkan untuk sistem MARS DASHBOARD milik firma.

 

Minggu Kedua : 26 JUN 2017 - 30 JUN 2017

1. Membaiki dan menyiapkan kerja-kerja mengedit gambar yang tertangguh sebelum cuti perayaan (26 - 28 JUN 2017).


Minggu Ketiga : 3 JULAI 2017 - 7 JULAI 2017

1. Membuat kerja - kerja penambahbaikan sistem laman web MARS DASHBOARD MANAGEMENT milik firma.
2. Mempelajari cara - cara untuk membangunkan sebuah laman web menggunakan platform Joomla! dan menukarkan salah satu gambar slideshow yang terdapat dalam laman web rasmi firma (bnshipyard.com.my)







Minggu Keempat : 10 JULAI 2017 - 14 JULAI 2017

1. Membuat kerja - kerja penyediaan segulung wayar cable network UTP sepanjang 25 meter yang telah siap dicramping sekali dengan RJ45 Connector dan diuji keberkesanan fungsinya untuk diserahkan kepada salah sebuah jabatan di firma.



Minggu Kelima : 17 JULAI 2017 - 21 JULAI 2017

1. Mengikut penyelia melakukan kerja - kerja selian di bilik server (backup).
2. membantu penyelia membuat kerja - kerja yang melibatkan network seperti memasang wireless di slah sebuah jabatan di firma dan troubleshooting scanner.
3. membuat sedikit kajian dan pembacaan mengenai 2 jenis wireless yang digunakan di firma iaitu Cisco Aironet 1602I dan ALCON ASU-24005g.
4. Membantu penyelia mencabut wireless dan memungut cable network serta pipe-pipe pvc conduit yang sudah tidak digunakan lagi di beberapa buah lokasi di firma.


 




Minggu Keenam : 24 JULAI 2017 - 28 JULAI 2017

1. Mengikut dan membantu penyelia membuat kerja - kerja maintenance & technical support seperti mebaiki printer dan mengformat beberapa buah pc.
2. membuat kerja selian maklumat untuk unit-unit pc yang telah diformat.  
      
 

 

Minggu Ketujuh : 31 JULAI 2017 - 4 OGOS 2017

1. Membuat senarai maklumat unit - unit pc yang telah diformat untuk PC Donation ke pihak sekolah yang akan menerima serta tagging nombor pada pc - pc tersebut.
2. Troubleshooting printer, pemantaun pemasangan CCTV yang baru dan kerja - kerja pengosongan sebuah cabine yang akan diguna pakai oleh pihak jabatan lain.


Minggu Kelapan : 7 OGOS 2017 - 11 OGOS 2017

1. Menjalankan kerja - kerja maintenance & troubleshooting seperti menukar network switch, mencari punca masalah sebuah lattop yang rosak dan menguji lari printer serta mencari maklumat tentang kaedah untuk mendapatkan produk id Windows 10.
2. Membuat tagging nombor untuk pc donation berpandukan maklumat dari salinan templete PC for Donation-B.E.R (BEYOND ECONOMIC REPAIR)


Minggu Kesembilan : 14 OGOS 2017 - 18 OGOS 2017

1. Menjalankan kerja - kerja mengedit gambar untuk majlis perasmian sebuah kapal baru yang dibangunkan oleh firma serta poster kemerdekaan untuk dimasukkan ke dalam laman web rasmi firma.
2. Kerja - kerja cleaning unit-unit PC sebelum boleh diserahkan kepada sekolah - sekolah untuk PC Donation.
3. Menguji lari sebuah printer yang dilaporkan bermasalah.




Minggu Kesepuluh : 21 OGOS 2017 - 25 OGOS 2017 

1. Menginstall, menukar dan memeriksa beberapa perkakasan dan peralatan network seperti network switch, extension cable dan printer di beberapa buah jabatan di firma.
2. Membantu bberapa orang staf dan penyelia memasang banner sempena majlis penamaan & pelancaran kapal baru TLDM yang diadakan di firma.


Minggu Kesebelas : 28 OGOS 2017 - 30 OGOS 2017

1. Membuat tag arahan keselamatan untuk diletakkan pada server compressor penghawa dingin.
2. Membuat watermark tanda hakcipta terpelihara milik syarikat pada gambar-gambar yang telah ditangkap di majlis pelancaran sebuah kapal baru di firma sebelum ini.
3. Melakukan penyelian dan menguji lari beberapa buah printer di salah sebuah jabatan di firma.






Minggu Keduabelas : 5 SEPTEMBER 2017 - 8 SEPTEMBER 2017

1. Mengikut penyelia meyelia network switch dan memeriksa capaian internet.
2. Memasang dan melakukan pengujian network switch.
3. Menginstall antivirus untuk di update kepada versi yang baru.






Minggu Ketigabelas : 11 SEPTEMBER 2017 - 15 SEPTEMBER 2017

1. Memasukkan beberapa buah artikel berita aktiviti firma ke dalam laman web rasmi firma.
2. Menyelia stok simpanan network switch di store it.
3. Membuat tag keselamatan.
4. Memasang dan menguji VGA Cable Splitter pada tiga buah PC yang akan diserahkan untuk PC Donation.
5. Mengikut penyelia membuat pemantauan kerja-kerja pembinaan bilik post yang menempatkan TMS(TIMING MANAGEMENT SYSTEM) untuk aktiviti keluar masuk kapal staf LCS Department yang dibangunkan oleh pihak kontraktor luar. 








Minggu Keempatbelas :
18 SEPTEMBER 2017 - 21 SEPTEMBER 2017

1. Majlis Penyerahan 19 buah Pc Donation kepada wakil 5 buah sekolah yang terpilih.
2. Mengira dan mengaudit bilangan network switch yang digunakan di semua lokasi yang ada di firma serta yang disimpan di store IT.

3. Memasang network switch di salah sebuah lokasi fi firma.
4. Membuat poster sempena hari peristiwa AWAL MUHARRAM untuk diletakkan di dalam laman web firma.
                         

                                   
                         

                                      

   

     

Minggu Kelimabelas :
25 SEPTEMBER 2017 - 29 SEPTEMBER 2017

1. Membawa kontraktor-kontraktor syarikat pemasangan CCTV meninjau kawasan untuk dipasang CCTV di dalam kapal.
2. Menukar maintenance kit salah sebuah printer di sebuah jabtan di firma.
3. Menyelia dan membaiki printer yang dilaporkan gagal berfungsi di sebuah pejabat di salah sebuah jabatan di firma.
4. Memasukkan beberapa buah artikel baru ke dalam laman web firma untuk diupdate.
5. Meninjau lokasi untuk ditambah LAN port dan menyelia network switch di dua buah jabatan di firma.






     


       

Minggu Kenambelas : 2 OKTOBER 2017 - 6 OKTOBER 2017

1. Menukar dan memasang network switch serta UPS yang baru di beberapa buah jabatan di firma.
2. Memasukkan sebuah artikel ke dalam laman web firma untuk diupdate.
3. Membuat 2 poster perayaan untuk diletakkan di dalam laman web firma.
4. 
Mengira dan membuat tag bilangan module ProCurve Networking HP Innovation.  


 

 








Minggu Ketujuhbelas : 9 OKTOBER 2017 - 13 OKTOBER 2017 

1. Memasukkan sebuah buletin firma untuk penggal ketiga tahun 2017 ke dalam laman web firma.
2. 
Mengikut penyelia membuat video meeting conference dengan staf firma dari cawangan lain.
3. 
Membuat senarai aset baru jabatan bagi menggantikan dengan senarai aset yang lama.
4. Menyelia dan memasang beberapa unit UPS di beberapa buah lokasi di firma.



                      
 

                           



Minggu Kelapan belas : 16 OKTOBER 2017 - 20 OKTOBER 2017

1. Setup pemasangan sebuah TV VIDEO CONFERENCE (VC) untuk sebuah mesyuarat di bilik mesyuarat jabatan di firma.
2. Menukar dan memasang unit UPS di beberapa lokasi di firma.
3. 
Memeriksa beberapa unit Monitor LCD yang disimpan di dalam store IT.
4. 
Mengambil maklumat CPU dan Monitor LCD yang sudah rosak untuk dilupuskan dan B.E.R (Beyond Economic Repair)








Minggu Kesembilan belas : 23 OKTOBER 2017 - 27 OKTOBER 2017

1. Membuat tagging untuk unit-unit CPU yang akan dilupuskan dan B.E.R (Beyond Economic Repair) .
2. Menyediakan wayar cable LAN untuk kakitangan firma yang memerlukannya.
3. Menguji wayar cable LAN yang telah disediakan sebelum diserahkan kepada kakitangan yang akan menggunakannya.
4. Membuat kerja-kerja pembersihan luar dan dalam unit-unit PC sebelum diserahkan kepada kakitangan firma.
5. Melakukan tinjauan dan selian di bilik server lama.

 


Minggu Kedua puluh : 30 OKTOBER 2017- 2 NOVEMBER 2017

1. Memasukkan beberapa buah artikel ke dalam laman web firma.
2. Menukar network switch dan mengambil semula unit UPS yang sudah rosak di sebuah jabatan.