Tuesday 22 August 2017

BAB 1: PENGENALAN


1. PENDAHULUAN

Latihan Industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengatucaraan) sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar alam pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengatucaraan) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke satu tahap menjadi seorang pekerja. Bagi sesi JUN 2017, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula pada 19 JUN 2017 hingga 3 NOVEMBER 2017.

       Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani Latihan Industri di sebuah firma berstatus (GLC) dalam industri pembinaan dan membaik pulih kapal di BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD, PANGKALAN TLDM LUMUT,PERAK. Saya telah ditempatkan di JABATAN SISTEM MAKLUMAT sepanjang tempoh latihan industri disini. Sepanjang tempoh latihan disini, saya telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam melakukan kerja-kerja sokongan teknikal yang berkaitan teknologi maklumat seperti pemasangan cable Ethernet, rekabentuk grafik, pengaturcaraan sistem dan membaik pulih komputer.


2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

        Seperti yang diketahui, Latihan Industri adalah langkah penting bagi membentuk persediaan pekerjaan kepada pelajar.  Ini kerana, semasa pelajar menjalani Latihan Industri, pelajar didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar dan ini dapat memberi pengalaman yang amat berguna pada mereka kelak.

        Latihan Industri bukan hanya merupakan komponen utama dalam sesebuah kokurikulum pembelajaran tetapi ia juga merupakan salah satu langkah untuk membentuk pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini selaras dengan objektif negara untuk membentuk rakyat yang berwawasan 2020 serta rakyat yang mampu bersaing dengan negara luar.

         Namun begitu, dari sudut institusi pengajian, objektif  Latihan Industri ialah untuk membina personaliti individu dalam diri pelajar, membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, membentuk disiplin dalam diri pelajar kerana pelajar akan mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik serta memberi pendedahan kepada alam pekerjaan dan menghasilkan Laporan Industri.

           Bukan itu sahaja, Latihan Industri juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam diri pelajar serta dapat meningkatkan semangat pelajar untuk terus menyambung kerjaya dalam bidang yang dipilih setelah mereka tamat latihan di industri dan pengajian di Politeknik. Pelajar juga dapat mempraktikkan teori dan amali sepanjang mereka menjalani Latihan Industri.

            Pihak Politeknik juga dapat bekerjasama dengan pihak Industri untuk meningkatkan lagi mutu pelajar keluaran Politeknik selaras dengan kemahuan Industri tempatan yang kian membangun dan semakin pesat. Saya berharap dengan adanya Latihan Industri, Politeknik dapat menghasilkan bakal - bakal pekerja yang mampu memenuhi kehendak Industri tempatan yang semakin bergerak pantas selaras dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang sekarang. Dengan ringkasnya, objektif Latihan Industri adalah :


 i)     Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
 ii)    Membolehkan pelajar melihat berkaitan di antara teori yang dipelajari dengan
         kerja-kerja praktikal.
iii)    Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
iv)    Membenntuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.
 v)    Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
vi)    Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan
        selepas tamat pengajian.
vii)   Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang dipilih.
viii)  Meningkatkan semangat jujur, amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap
         tugas-tugas yang diberikan.


3. OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

          Penilaian Latihan Industri akan dijalankan sepanjang tempoh Latihan Industri dan selepas tamatnya latihan seseorang pelajar. Hal ini bagi memenuhi keperluan pelajar untuk dianugerah dengan kelayakan  diploma dari Kemeneterian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pengajian Politeknik.  Antara objektif laporan Latihan Industri adalah :

i)    Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri mengikut
      jangka waktu yang telah ditetapkan.
ii)   Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani Latihan Industri.
iii)  Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.
iv)  Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang
      dibuat semasa Latihan Industri.
v)   Sebagai rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma terbabit selepas tamat
       menjalani pengajian di Politeknik.

4. KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

        Jika ada objektif Latihan Industri, pasti akan ada kepentingannya. Latihan Industri adalah sesuatu yang penting bagi pelajar , tidak hanya pada pelajar Politeknik sahaja, Latihan Industri juga penting untuk semua yang bergelar pelajar. Banyak sebenarnya faedah yang diperolehi oleh pelajar sekiranya mereka menjalani Latihan Industri. Antara kepentingan Latihan Industri adalah :

 i)     Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang
        tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.
ii)    Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pekerja dan kakitangan
        sesebuah organisasi.
iii)   Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
iv)   Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau kekok apabila mula bekerja kelak.
 v)    Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan dalam industri.
vi)   Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya.
vii)  Membina keyakinan diri dan memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam
        melaksanakan tugas.
viii) Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

         Dengan huraian – huraian di atas, Latihan Industri adalah suatu konsep yang harus wujud pada semua institusi – institusi pendidikan tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat membentuk sikap – sikap dan jati diri bakal – bakal pekerja yang berjaya.  Latihan Industri juga memberi begitu banyak kesan yang positif dalam diri pelajar. Hal ini sejajar dengan kehendak Negara yang inginkan masyarakat yang berdaya maju dan cemerlang.
         Saya berharap agar cita – cita Negara dapat direalisasikan dengan adanya kewujudan Latihan Industri pada semua institusi pengajian tinggi. Ini kerana, Latihan Industri dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai alam pekerjaan. Latihan Industri juga nenbantu pelajar dari segi mental dan fizikal. Ini kerana, apabila pelajar menghadapi alam pekerjaan kelak, pelajar tidak akan mengalami kejutan budaya bekerja. Oleh sebab itu, wajar saya katakan yang Latihan Industri adalah satu ‘platform’ membentuk pekerja yang cemerlang, terpelajar, disiplin, kreatif dan berdaya saing.