Tuesday 22 August 2017

DEDIKASI & PENGHARGAAN


DEDIKASI


            Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Dedikasi ini khas buat ibu dan bapa saya serta ahli keluarga yang banyak membantu saya di dalam penghasilan Blog Laporan Latihan Industri ini serta rakan-rakan seperjuangan lain yang turut bersama-sama membantu saya.  Selain itu, tidak lupa juga kepada pihak Politeknik Balik Pulau serta seluruh kakitangan BOUESTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD LUMUT, PERAK yang telah banyak membantu saya dengan memberi bimbingan panduan serta tunjuk ajar sewaktu menjalani Latihan Industri dan sehingga terhasilnya Terbitan Blog Laporan ini. Sekian, Terima Kasih.


PENGHARGAAN

 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Puan NURMASITAH binti HAMSUSAH selaku Ketua JABATAN di JABATAN SUMBER MANUSIA dan PENTADBIRAN serta En.TOMMY KOAY KAI GUAN Ketua JABATAN SISTEM MAKLUMAT kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri selama  5 bulan yang bermula pada 19 JUN 2017 hingga 3 NOVEMBER 2017.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyelia industri saya iaitu EN.AHMAD NIZAM BIN MAKHTAR, Pengurus di Jabatan Sistem Maklumat, EN. WAN NASIR BIN WAN ABDUL RAHMAN, Eksekutif Pentadbir Rangkaian, EN MOHD HANIF BIN MOHD HANAPI, Penyelia Kanan yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan praktikal dan berkongsi ilmu serta pengalaman diunit jagaan beliau semua. Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan dan staff sokongan BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD terutamanya dari JABATAN SISTEM MAKLUMAT yang turut memberikan tunjuk ajar, kerjasama dan teguran sepanjang saya berkhidmat di firma ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Balik Pulau yang telah banyak membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang Latihan Industri ini berjalan. Sekalung penghargaan diucapkan kedua-dua ibu bapa saya dan teman-teman serta sahabat handai yang telah banyak membantu dan memberi sokongan pada saya untuk menjayakan Latihan Industri saya ini.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa juga yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menjalani sesi Latihan Industri ini dengan berjaya.