Monday 21 August 2017

BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN


PENGENALAN



                  Dalam tempoh jangka masa selama 20 minggu ini saya telah menjalani Latihan Industri di BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD LUMUT, PERAK. Daripada tempoh 19 JUN 2017 hingga 3 NOVEMBER 2017, saya telah ditempatkan di JABATAN SISTEM MAKLUMAT. Selama 5 bulan disini saya telah banyak mempelajari dan memperolehi kemahiran serta pengalaman semasa menjalankan Latihan Industri ini. Ini sedikit sebanyak telah mendedahkan saya kepada alam pekerjaan yang sebenar. Secara ringkasnya, saya dapat menerangkan tugas saya sepanjang tempoh Latihan Industri ini secara mingguan.

RINGKASAN AKTIVITI - AKTIVITI SECARA  MINGGUAN DI LATIHAN INDUSTRI :


Minggu Pertama : 19 JUN 2017 - 23 JUN 2017

1. Pendaftaran firma, taklimat induksi, pengenalan firma dan lawatan ke tapak projek (side visit).

 





2. Technical support dan trouble shooting serta membuka akaun untuk system i- Mars.


     

3. Melakukan kerja-kerja mengedit gambar dan penambahbaikkan untuk sistem MARS DASHBOARD milik firma.

 

Minggu Kedua : 26 JUN 2017 - 30 JUN 2017

1. Membaiki dan menyiapkan kerja-kerja mengedit gambar yang tertangguh sebelum cuti perayaan (26 - 28 JUN 2017).


Minggu Ketiga : 3 JULAI 2017 - 7 JULAI 2017

1. Membuat kerja - kerja penambahbaikan sistem laman web MARS DASHBOARD MANAGEMENT milik firma.
2. Mempelajari cara - cara untuk membangunkan sebuah laman web menggunakan platform Joomla! dan menukarkan salah satu gambar slideshow yang terdapat dalam laman web rasmi firma (bnshipyard.com.my)







Minggu Keempat : 10 JULAI 2017 - 14 JULAI 2017

1. Membuat kerja - kerja penyediaan segulung wayar cable network UTP sepanjang 25 meter yang telah siap dicramping sekali dengan RJ45 Connector dan diuji keberkesanan fungsinya untuk diserahkan kepada salah sebuah jabatan di firma.



Minggu Kelima : 17 JULAI 2017 - 21 JULAI 2017

1. Mengikut penyelia melakukan kerja - kerja selian di bilik server (backup).
2. membantu penyelia membuat kerja - kerja yang melibatkan network seperti memasang wireless di slah sebuah jabatan di firma dan troubleshooting scanner.
3. membuat sedikit kajian dan pembacaan mengenai 2 jenis wireless yang digunakan di firma iaitu Cisco Aironet 1602I dan ALCON ASU-24005g.
4. Membantu penyelia mencabut wireless dan memungut cable network serta pipe-pipe pvc conduit yang sudah tidak digunakan lagi di beberapa buah lokasi di firma.


 




Minggu Keenam : 24 JULAI 2017 - 28 JULAI 2017

1. Mengikut dan membantu penyelia membuat kerja - kerja maintenance & technical support seperti mebaiki printer dan mengformat beberapa buah pc.
2. membuat kerja selian maklumat untuk unit-unit pc yang telah diformat.  
      
 

 

Minggu Ketujuh : 31 JULAI 2017 - 4 OGOS 2017

1. Membuat senarai maklumat unit - unit pc yang telah diformat untuk PC Donation ke pihak sekolah yang akan menerima serta tagging nombor pada pc - pc tersebut.
2. Troubleshooting printer, pemantaun pemasangan CCTV yang baru dan kerja - kerja pengosongan sebuah cabine yang akan diguna pakai oleh pihak jabatan lain.


Minggu Kelapan : 7 OGOS 2017 - 11 OGOS 2017

1. Menjalankan kerja - kerja maintenance & troubleshooting seperti menukar network switch, mencari punca masalah sebuah lattop yang rosak dan menguji lari printer serta mencari maklumat tentang kaedah untuk mendapatkan produk id Windows 10.
2. Membuat tagging nombor untuk pc donation berpandukan maklumat dari salinan templete PC for Donation-B.E.R (BEYOND ECONOMIC REPAIR)


Minggu Kesembilan : 14 OGOS 2017 - 18 OGOS 2017

1. Menjalankan kerja - kerja mengedit gambar untuk majlis perasmian sebuah kapal baru yang dibangunkan oleh firma serta poster kemerdekaan untuk dimasukkan ke dalam laman web rasmi firma.
2. Kerja - kerja cleaning unit-unit PC sebelum boleh diserahkan kepada sekolah - sekolah untuk PC Donation.
3. Menguji lari sebuah printer yang dilaporkan bermasalah.




Minggu Kesepuluh : 21 OGOS 2017 - 25 OGOS 2017 

1. Menginstall, menukar dan memeriksa beberapa perkakasan dan peralatan network seperti network switch, extension cable dan printer di beberapa buah jabatan di firma.
2. Membantu bberapa orang staf dan penyelia memasang banner sempena majlis penamaan & pelancaran kapal baru TLDM yang diadakan di firma.


Minggu Kesebelas : 28 OGOS 2017 - 30 OGOS 2017

1. Membuat tag arahan keselamatan untuk diletakkan pada server compressor penghawa dingin.
2. Membuat watermark tanda hakcipta terpelihara milik syarikat pada gambar-gambar yang telah ditangkap di majlis pelancaran sebuah kapal baru di firma sebelum ini.
3. Melakukan penyelian dan menguji lari beberapa buah printer di salah sebuah jabatan di firma.






Minggu Keduabelas : 5 SEPTEMBER 2017 - 8 SEPTEMBER 2017

1. Mengikut penyelia meyelia network switch dan memeriksa capaian internet.
2. Memasang dan melakukan pengujian network switch.
3. Menginstall antivirus untuk di update kepada versi yang baru.






Minggu Ketigabelas : 11 SEPTEMBER 2017 - 15 SEPTEMBER 2017

1. Memasukkan beberapa buah artikel berita aktiviti firma ke dalam laman web rasmi firma.
2. Menyelia stok simpanan network switch di store it.
3. Membuat tag keselamatan.
4. Memasang dan menguji VGA Cable Splitter pada tiga buah PC yang akan diserahkan untuk PC Donation.
5. Mengikut penyelia membuat pemantauan kerja-kerja pembinaan bilik post yang menempatkan TMS(TIMING MANAGEMENT SYSTEM) untuk aktiviti keluar masuk kapal staf LCS Department yang dibangunkan oleh pihak kontraktor luar. 








Minggu Keempatbelas :
18 SEPTEMBER 2017 - 21 SEPTEMBER 2017

1. Majlis Penyerahan 19 buah Pc Donation kepada wakil 5 buah sekolah yang terpilih.
2. Mengira dan mengaudit bilangan network switch yang digunakan di semua lokasi yang ada di firma serta yang disimpan di store IT.

3. Memasang network switch di salah sebuah lokasi fi firma.
4. Membuat poster sempena hari peristiwa AWAL MUHARRAM untuk diletakkan di dalam laman web firma.
                         

                                   
                         

                                      

   

     

Minggu Kelimabelas :
25 SEPTEMBER 2017 - 29 SEPTEMBER 2017

1. Membawa kontraktor-kontraktor syarikat pemasangan CCTV meninjau kawasan untuk dipasang CCTV di dalam kapal.
2. Menukar maintenance kit salah sebuah printer di sebuah jabtan di firma.
3. Menyelia dan membaiki printer yang dilaporkan gagal berfungsi di sebuah pejabat di salah sebuah jabatan di firma.
4. Memasukkan beberapa buah artikel baru ke dalam laman web firma untuk diupdate.
5. Meninjau lokasi untuk ditambah LAN port dan menyelia network switch di dua buah jabatan di firma.






     


       

Minggu Kenambelas : 2 OKTOBER 2017 - 6 OKTOBER 2017

1. Menukar dan memasang network switch serta UPS yang baru di beberapa buah jabatan di firma.
2. Memasukkan sebuah artikel ke dalam laman web firma untuk diupdate.
3. Membuat 2 poster perayaan untuk diletakkan di dalam laman web firma.
4. 
Mengira dan membuat tag bilangan module ProCurve Networking HP Innovation.  


 

 








Minggu Ketujuhbelas : 9 OKTOBER 2017 - 13 OKTOBER 2017 

1. Memasukkan sebuah buletin firma untuk penggal ketiga tahun 2017 ke dalam laman web firma.
2. 
Mengikut penyelia membuat video meeting conference dengan staf firma dari cawangan lain.
3. 
Membuat senarai aset baru jabatan bagi menggantikan dengan senarai aset yang lama.
4. Menyelia dan memasang beberapa unit UPS di beberapa buah lokasi di firma.



                      
 

                           



Minggu Kelapan belas : 16 OKTOBER 2017 - 20 OKTOBER 2017

1. Setup pemasangan sebuah TV VIDEO CONFERENCE (VC) untuk sebuah mesyuarat di bilik mesyuarat jabatan di firma.
2. Menukar dan memasang unit UPS di beberapa lokasi di firma.
3. 
Memeriksa beberapa unit Monitor LCD yang disimpan di dalam store IT.
4. 
Mengambil maklumat CPU dan Monitor LCD yang sudah rosak untuk dilupuskan dan B.E.R (Beyond Economic Repair)








Minggu Kesembilan belas : 23 OKTOBER 2017 - 27 OKTOBER 2017

1. Membuat tagging untuk unit-unit CPU yang akan dilupuskan dan B.E.R (Beyond Economic Repair) .
2. Menyediakan wayar cable LAN untuk kakitangan firma yang memerlukannya.
3. Menguji wayar cable LAN yang telah disediakan sebelum diserahkan kepada kakitangan yang akan menggunakannya.
4. Membuat kerja-kerja pembersihan luar dan dalam unit-unit PC sebelum diserahkan kepada kakitangan firma.
5. Melakukan tinjauan dan selian di bilik server lama.

 


Minggu Kedua puluh : 30 OKTOBER 2017- 2 NOVEMBER 2017

1. Memasukkan beberapa buah artikel ke dalam laman web firma.
2. Menukar network switch dan mengambil semula unit UPS yang sudah rosak di sebuah jabatan.