Monday 21 August 2017

BAB 5 : DAPATAN & CADANGAN


PENDAPAT DAN PANDANGAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI

            Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri (LI) di BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD LUMUT, PERAK, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai jabatan dan firma ini. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 5 bulan dan bukanlah bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau merendahkan syarikat. Saya ingin memberikan komen ini supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek. Antara pendapat dan pandangan yang telah saya senaraikan adalah:

1.  Di sepanjang menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan persekitaran yang professional iaitu dalam mengenal pasti tugas – tugas seorang pekerja. Dari situ, saya dapat melihat bahawa bagaimana seseorang kakitangan itu menjalankan tugasan yang diberi dengan sempurna.

2.   Hubungan yang baik antara saya dan kakitangan di BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD dan rakan rakan telah mewujudkan suasana yang begitu ceria dan menyeronokkan antara kami semua dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan menjalinkan persahabatan yang pastinya meninggalkan banyak kenangan manis, suka dan duka.

3. Latihan Industri sememangnya melatih kita di dalam menggabungkan pengetahuan – pengetahuan atau teori – teori yang telah kita pelajari sebelum ini dan mengaplikasikannya dalam amalan harian supaya ia dapat meluaskan lagi pengetahuan kita. Pejabat ini menggunakan sistem kedatangan yang betul dan boleh menyumbangkan kepada pekerja yang lebih berdisiplin. Kedatangan pekerja akan direkodkan dalam TIMING MANAGEMENT SYSTEM (TMS) yang menggunakan kad pass untuk masuk dan keluar dari firma. Oleh itu, semua pekerja akan menepati masa untuk ke tempat kerja dan setiap aliran keluar masuk staf di firma akan direkodkan. 




CADANGAN – CADANGAN KEPADA PIHAK POLITEKNIK DAN FIRMA

            Saya juga ingin memberikan beberapa cadangan dan berharap agar cadangan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak bertanggungjawab. Antaranya ialah: 

          1.   Pihak politeknik mestilah sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk mengikuti perkembangan semasa pelajar sedang menjalani Latihan Industri. Dengan ini, pihak Politeknik dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan organisasi. Hal ini boleh mendorong kepada pihak Organisasi untuk mengambil para pelajar dari Politeknik untuk menjalani Latihan di tempatnya. Perkara ini boleh mengelakkan kekeliruan atau salah faham antara Organisasi dan pihak Politeknik.

            2.  Kebanyakkan syarikat tidak begitu memahami skop pembelajaran sesetengah kursus yang ada di Politeknik. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak Politeknik memberikan penerangan dengan lebih jelas. Hal ini akan memudahkan pihak firma untuk memberikan tugas – tugas yang berkaitan dengan kursus kami supaya kami tidak menyimpang daripada kursus yang dipelajari.

             3.  Syarikat atau firma juga memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan kursus yang dipelajari oleh pelajar. Oleh itu, pihak firma seharusnya menyediakan tugasan yang bersesuian dengan skop bidang kursus yang dipelajari pelajar semasa di POLITEKNIK.

       4.    Selain itu, pihak firma juga seharusnya memberi tempoh masa percubaan atau kontrak kepada pelajar yang menjalani latihan industri di firma untuk menyambung kerjaya di sini selepas mereka tamat menjalani latihan industri selama 5 bulan.Jika di dalam tempoh percubaan dan semasa latihan industri rekod yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut cemerlang,pihak firma boleh mempertimbangkan untuk mengambil mereka sebagai staf tetap di firma.